Jentera PAS Sungai Besar Anjur Program Munajat

SUNGAI BESAR – Jentera PAS bagi pilihanraya kecil (prk) Parlimen Sungai Besar mengadakan munajat bagi melancarkan
segala gerak kerja yang berlangsung di Markaz PAS Simpang Lima di sini, malam ini.
 
Jentera dari seluruh negeri Selangor termasuk juga wakil-wakil PAS negeri memenuhi markaz sebelum maghrib.
 
Turut hadir sewaktu munajat calon PAS bagi parlimen tersebut, Dr. Abdul Rani Osman.
 
 
 
Abdul Rani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru turut menyampaikan ucapan ringkas.
 
Esok penamaan calon bakal berlangsung bagi PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
 
Sungai Besar bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara PAS menentang calon Umno dan Parti Amanah Negara (Amanah).
 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*