PAS tumpu selesaikan masalah rakyat tanpa mengira agama

SUNGAI BESAR – PAS menumpukan usaha untuk menyelesaikan masalah rakyat tanpa mengira agama pada kempen Pilihanraya Kecil (PRK) P 093 Parlimen Sungai Besar yang bakal berlangsung pada 18 Jun depan.

Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Musfata Ali berkata, segala isu yang diketengahkan PAS adalah bersifat isu setempat dan nasional.

 

 

“Isu yang kita bawa ini umum dan tidak mengira meraka yang beragama Islam atau tidak. Umpamanya isu GST, semua orang merasai keperitannya, TPPA, misalnya. Termasuklah isu seperti corruption (rasuah) adalah isu bersama.

 

“Selain itu juga masalah setempat. Saya rasa kebanyakan masyarakat sungai besar ini petani dan nelayan dan masyarakt bukan Islam ada di situ,” kata Datuk Mustafa menjawab soalan wartawan mengenai isu untuk masyarakat bukan Islam yang di bawa PAS.

 

Beliau berkata demikian pada Sidang Akhbar selepas proses penamaan calon di Markaz PAS Simpang Lima di sini tengahari tadi.

 

Parlimen Sungai Besar terdiri daripada tiga kaum utama dengan penduduk melayun paling ramai sebanyak 67 peratus, cina 31 peratus dan India 2 peratus.

 

Pada Pilihanraya Umum ke-13 penyandang kerusi berkenaan Datuk Noriah Kasnon daripada Barisan Nasional menewaskan calon PAS, Mohamed Salleh bin M Husin dengan majoriti tipis 399 undi.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*