Biar saya bantu anda selesaikan masalah, kata Abdul Rani kepada penduduk Sungai Besar

SUNGAI BESAR – Calon PAS bagi pilihanraya kecil P 093 Parlimen Sungai Besar menyeru penduduk Bagan Sungai Besar yang majoritinya penduduk Tionghoa dan dan India agar memberi beliau peluang berbakti kepada penduduk di Sungai Besar.


 

 

“Beri saya peluang untuk membantu penduduk di sini. Di Meru saya membantu penduduk tanpa mengira kaum. Tidak ada yang saya asingkan.

 

“Bagi saya menjadi ahli Yang Berhormat bukan suatu kebanggaan kerana saya perlu menjawab di hadapan Allah S.W.T nanti,” katanya pada majlis “Green Silk” peringkat Bagan Sungai Besar di Dewan Serbaguna Bagan Sungai Besar di sini petang tadi.

 

 

Pada program itu lebih 500 orang masyarakat india dan cina hadir bermula seawal pukul 4 petang.

 

Antara aktiviti menarik diadakah pertandingan mewarna kanak-kanak, pemeriksaan bersama Dr. Rani, penyampaian sumbangan beras, penyampaian sumbangan untuk pelajar cemerlang, cabutan bertuah dan majlis berbuka puasa serta makan bersama masyarakat bukan Islam.

 

 

Program itu bertujuan untuk memperkenalkan calon PAS, bagi pilihanraya kecil P 093 yang bakal berlangsung pada 18 Jun depan selain menyampaikan mesej serta tawaran PAS kepada pengundi bukan Islam di kawasan itu.

 

Turut hadir pada program itu Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Timbalan Speaker Negeri Selangor yang juga adun Bangi, Mohd Shafie Ngah, adun Selat Klang, Dr. Halimah Ali, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Selangor, Datuk K.Deepakaran Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.

 

 

Datuk Seri Tuan Guru turut mengambil kesempatan untuk menyediakan kuih bulan sebagai gimik program.

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*