Pesuruhjaya PAS Selangor sifatkan isu gambar bersama pimpinan BN sebagai politik murahan

SUNGAI BESAR – Gambar viral di media sosial semalam yang menunjukkan pemimpin PAS duduk bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) hanya tindakan politik murahan untuk membentuk persepsi buruk rakyat terhadap PAS demikian tegas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Iskandar Abdul Samad.

Menurut Iskandar, penyebaran gambar itu bertujuan memburukkan PAS kerana masih ada gambar lain yang menunjukkan pemimpin PAS bersama dengan parti-parti lain pada proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil N093, Parlimen Sungai Besar di Dewan Seri Bernam semalam.

 

“Sebelum ini ada gambar SUA dan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat bersama Timbalan Perdana Menteri menjadi viral.

 

“Tetapi hari ini ada pula gambar SUA dan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat bersama dengan pemimpin DAP dan PAN tidak pula diviralkan.

 

“Saya melihat ini sebagai satu tindakan politik murahan. PAS bawa politik berasaskan realiti bukan persepsi. Politik sebegini bertetangan dengan budaya politik matang dan sejahtera yang di bawa PAS,” katanya pada sidang akhbar di Markaz PAS Sungai Besar, pagi tadi.

 

Turut hadir pagi tadi Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan calon PAS bagi pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar, Dr. Abdul Rani Osman.

 

Datuk Tuan Ibrahim dalam pada itu menyifatkan tindakan melawat ke khemah-khemah parti yang bertanding adalah amalan biasa di hari penamaan calon.

 

“Kita berjumpa pimpinan dan bertanya khabar. Sewaktu bersama Datuk Seri Zahid Hamidi, saya menyampaikan takziah bagi pihak PAS di atas kematian menantu beliau dan bertanya khabar mengenai kejadian itu.

 

“Ini berlaku atas dasar kemanusiaan, tetapi PAS tetap melawan Umno dan Barisan Nasional,” tegas beliau.

 

Datuk Tuan Ibrahim turut memetik peristiwa Rasulullah S.A.W bangun sewaktu jenazah seorang yahudi sedang diusung.

 

“Sahabat-sahabat bertanya tindakan Rasulullah itu. Jawab Rasulullah, aku menghormati jenazah ini atas dasar kemanusian,” katanya Datuk Tuan Ibrahim.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*