Taujihad Timbalan Presiden PAS Tingkat Semangat Juang Penyokong

SUNGAI BESAR: “Kemenangan kita di Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan kemenangan yang sangat penting kerana ia bakal menambahkan dua lagi undi untuk memenangkan Usul 355 di parlimen. Berkerjalah bersungguh-sungguh,” Kata Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man,Naib Presiden PAS.
 
Dato’Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan ucaptamanya sebaik sahaja selesai penamaan calon.Beliau dalam ucapannya turut mengingatkan para amilin PAS untuk terus bekerja kerana Allah SWT dan sentiasa membetulkan niat bekerja kerana Allah SWT
 
“Sesungguhnya, sesiapa yang mendapat Allah, akan dapat segala-galanya. Jangan kita berkerja kerana manusia, berkerjalah kerana Allah. Allah tak pernah kecewakan kita,” Ujar Dato’ Tuan Ibrahim disambut dengan laungan takbir para penyokong PAS.
 
“Saya melihat keikhlasan semua petugas kita. Kesungguhan tuan-tuan berkerja dan munajat kita dengan Allah pada bulan yang diberkati oleh Allah, mudah-mudahan Allah Ta’ala akan mendengarkan doa kita”
 
“Bersama-sama kita ada orang tua yang uzur, yang tidak pernah meninggal solat tahajut pada setiap malam. Di antara kita, ada yang tidak pernah meninggalkan bacaan al-Quran pada setiap malam. Di antara kita di sana, ada yang tiada kesempatan untuk hadir, mereka bermunajat kepada Allah untuk meyaksikan kemenangan. Marilah kita bersama-sama bergabung dengan kekuatan jiwa kita, kekuatan Ramadan yang diberkati oleh Allah Ta’ala, kekuatan yang Allah kurniakan kepada perjuangan Islam,” Tambah Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.
 
Penamaan calon berakhir dengan memperlihatkan pertandingan tiga penjuru di Parlimen P093 Sungai Besar. Dr.Abdul Rani Osman akan berentap bersama Budiman Mohd Zohdi (BN) dan Azhar Abdul Shukur (PAN).

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*