Keperihatin Abdul Rani sentuh hati penduduk tempatan

SUNGAI BESAR – Kemesraan dan sikap prihatin yang ditonjolkan calon PAS Dr. Abdul Rani Osman pada kempen Pilihanraya Kecil (PRK) P093 Parlimen Sungai Besar berjaya menyentuh hati pengundi-pengundi tempatan ketika melakukan ziarah rumah ke rumah di sini pagi tadi.

 

Dr. Abdul Rani turut mengambil peluang untuk melakukan pemeriksaan kesihatan kepada warga-warga dan turut memberikan bantuan ubat-ubatan secara percuma.

 

Salah seorang warga emas yang dilawati pagi tadi terharu menerima sumbangan ubat-ubatan terus mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Dr. Abdul Rani yang juga merupakan ADUN Meru.

 

Dr. Abdul Rani turut meluangkan masa untuk mendengar keluhan dan masalah rakyat di kawasan-kawasan yang dilawati.

 

Kempen untuk PRK Sungai Besar bermula semalam dan akan berakhir pada 17 Jun ini manakala proses membuang undi pula dijalankan pada 18 Jun.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*