DHPP dekati pengundi cina di Sungai Besar, terangkan dasar PAS

SUNGAI BESAR – Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Selangor giat melakukan kempen di sekitar Pekan Sungai Besar untuk memberi penerangan kepada masyarakat cina di kawasan ini berkaitan dasar PAS dan juga penjelasan isu semasa berkaitan rang undang-undang memperkasakan mahkamah syariah.

Menurut Bendahari DHPP Pusat Kong Tuck Wah, pihaknya turut menyediakan risalah dalam bahasa cina bagi menjelaskan pelbagai isu yang timbul.

“Kami edarkan risalah ini dalam bahasa cina untuk terangkan mengenai hudud.

 

“Kami juga buat penjelasan bahawa PAS adalah masih PAS yang dulu, tidak berubah. Walaupun DAP membuat macam-macam cerita, jadi kita balas balik dengan risalah-risalah ini,” katanya ketika ditemui Merah Kuning sewaktu berkempen.

 

 

Tambah Tuck Wah, PAS bukan penyebab perpecahan Pakatan seperti disebarkan sesetangah pihak.

 

Tuck Wah yakin calon PAS akan mampu mengalahkan lawannya di Palimen Sg Besar 18 haribulan nanti.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*