Ceramah Isu Semasa PRK P093 Sungai Besar Meriah

SUNGAI BESAR-Calon PAS, Dr. Rani adalah calon yang paling layak mewakili rakyat Sungai Besar, demikian menurut IR Muhtar Suhaili AJK PAS Pusat, semasa berucap di sesi ceramah isu semada semalam.
 
Ceramah Kelompok PRK P093 Sungai Besar anjuran PAS itu diadakan di Rumah Pandan, Kedai Bawah Pokok 2, Parit 7, Sekinchan.
 
Turut berucap pada sesi ceramah tersebut ialah Ustaz Ridzuan Rahmat Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor, Ustazah Nuridah Salleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, dan juga calon PAS YB Dr. Abdul Rani Osman yang singgah sebentar sebelum beredar ke tempat program yang lain.
 
Sambutan penduduk setempat dilihat sebagai batu loncatan buat PAS untuk terus berkempen memenangi hati rakyat.
 
Pada masa yang sama, Ustazah Nuridah menegaskan kepada penduduk yang hadir bahawa proses memilih pemimpin perlulah didasari atas kefahaman yang jelas.
 
” Jangan pandang remeh dalam hal memilih pemimpin,” ujar beliau.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*