PAS Bawa Keizzahan Islam

SUNGAI BESAR-Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor, Ustaz Dusuki Abd Rani mengingatkan para petugas supaya selalu membawa mesej Islam dan menjadi orang-orang yang sentiasa menantikan syahid di jalan Allah.
 
“Alhamdulillah Pilihan raya Kecil ini diadakan pada Bulan Ramadhan, ianya sebagai salah satu Allah Taala mengajar kepada kita tentang Islam iaitu erti jihad yang sebenar”,ujar us Dusuki Abd Rani sewaktu merasmikan jentera Sungai Limau.
 
Ustaz Dusuki berkata kita diuji dengan jihad yang mana perlu meninggalkan keluarga di bulan Ramadhan semata-mata menyahut panggilan Allah Taala demi menjalankan tugas-tugas islam di Pilihanraya Kecil ini.
 
“Dalam Pilihanraya ini Pas membawa kaedah Politik Budaya Matang & Sejahtera dan bukan politik yang dahulu seperti sebelum ini,”kata Ustaz Dusuki.
 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*