Pas Gesa Kerajaan Persekutuan Naikkan Harga Padi Dan Subsidi, Turunkan Peratus Potongan Kualiti Padi 17% Hingga 15% Serta Akan Bawa Suara Petani Ke Parlimen

Parti Islam Se-Malaysia PAS amat bersimpati dengan nasib penanam padi khususnya di Sungai Besar yang tidak dapat menikmati peningkatan pendapatan hasil jualan padi.
 
Dengan harga padi semasa RM1,200.00 bagi 1 tan, kenaikan subsidi buat pertama kali sebanyak hanya RM52.00 sejak 25 tahun dan pemotongan dinaikkan 20% menyebabkan hasil pendapatan bersih petani masih kurang dari RM1,000.00 sebulan. 
 
Justeru, PAS mendesak Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang berkuasa penuh menetapkan harga belian padi dan potongan kualiti padi mempertimbangkan cadangan PAS seperti berikut ;
 
1- Kadar Harga Padi dinaikkan dari RM1,200.00 kepada RM1,300 ke RM1,350.00
2- Kadar Subsidi dinaikkan dari RM300.00 kepada RM500.00
3- Kadar Potongan kualiti padi diturunkan dari 20% kepada 17% ke 15%
 
Kadar baru yang dicadangkan oleh PAS ini membolehkan petani memperoleh sekurang-kurangnya RM1,500.00 ke RM1,600.00 sebulan.
 
PAS menggesa kerajaan persekutuan mempertimbangkan secara serius cadangan ini, dan PAS akan terus memperjuangkan suara dan keluhan petani ini ke Parlimen.
 
YB Dr Abd Rani Bin Osman
Calon Parlimen P.093 Sg. Besar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*