Dr. Rani: Sikap Terbuka PAS Berjaya Tawan Selangor Pada PRU Ke-13 Lalu

SUNGAI BESAR, 11 Jun: Calon PAS, Dr. Abdul Rani memberitahu sikap terbuka PAS adalah kunci parti itu mampu menawan Selangor pada pilihanraya ke-13 di Selangor.

 

Beliau yang pernah memenangi pilihanraya pada tahun 2008 dan 2013 itu mengimbau kembali sejarah sidang dewan di Selangor pada tahun 2008 yang hanya bersidang selama 2 hingga 3 hari sahaja berbanding dengan PAS yang mengadakan sidang dewan sehingga hampir dua minggu.

 

“Pada masa itu, Selangor diperintah oleh Barisan Nasional (BN). Ahli exco dari Barisan Nasional (BN) pada masa itu tidak berani untuk menegur Menteri Besar jika ada berlakunya kesilapan atau kesalahan.

 

“Mereka hanyalah menggangguk setuju dan menyokong segala keputusan Menteri Besar,” jelas beliau dalam ceramah perdana yang diadakan di Sekinchan semalam.

 

Meneruskan ucapannya, Dr. Rani berkata sikap yang ditunjukkan oleh ahli exco dari BN berbeza dengan apa yang diamalkan di dalam PAS kerana PAS sememangnya mengamalkan sikap toleransi dan terbuka dalam menerima pandangan.

 

“Hal ini telah menjadi salah satu sebab kemenangan PAS pada pilihanraya umum ke-13 di Selangor. Di dalam PAS, selain exco juga berani untuk menegur pimpinan atasan pada masa itu jika ada berlakunya perkara yang tidak betul, ujarnya lagi.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*