Hanya Ingin Naik Taraf Mahkamah Syariah

Hari ini, had hukuman Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) terhadap pesalah beragama Islam sahaja dalam 4 perkara iaitu minum arak, qazaf (tuduh zina), murtad dan berzina:

Jenis hukuman Mahkamah Syariah serta had maksima adalah seperti berikut :-

 

Denda – RM 5,000.00
Penjara – 3 Tahun
Sebatan – 6 Sebatan

 

Manakala, jenis hukuman mahkamah syariah serta cadangan pindaan dari PAS adalah seperti berikut :-
Denda – Lebih dari RM 5,000.00
Penjara – Lebih dari 3 tahun
Sebatan – Lebih dari 6 sebatan

 

PAS hanya mencadangkan agar pesalah beragama Islam dihukum lebih berat dengan menaiktaraf Mahkamah Syariah agar had hukuman (RM5,000.00 denda, 3 tahun penjara dan 6 sebatan) dapat dipinda kepada satu angka yang memenuhi tuntutan Islam.

 

Soalan: Jika berlaku kes rogol yang melibatkan orang Islamdan bukan Islam, apakah ia akan menimbulkan ketidakadilan? Apakah pesalah dibicara di Mahkamah Sariah atau di Mahkamah Jenayah?

 

Jawapan: Tidak timbul persoalan itu. Kes rogol merupakan satu jenayah kesalahan yang jatuh di bawah undang-undang sivil dan ia tidak dibicarakan bawah Mahkamah Syariah.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*