PAS Pergiat Kempen Di Sungai Besar, 10 Ribu Risalah Penerangan Dicetak

SUNGAI BESAR – “Kita merupakan ‘Master Run’ dan kita bukan menyerang,” jelas calon PAS PO93 Dr. Abdul Rani pada sesi ceramah bersama masyarakat yang lalu.

Beliau juga memberitahu akan masuk ke setiap tempat untuk berkempen dengan membawa budaya politik matang dan sejahtera kepada penduduk Sungai Besar.

 

Terbaru, PAS telah menyediakan hampir 10,000 risalah yang dicetak dalam bahasa Melayu dan bahasa Cina yang menerangkan tentang Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah 355.

 

“ Pas telah menyediakan hampir 10,000 risalah penerangan berkaitan RUU untuk diedarkan.

 

“RUU tiada kena mengena dengan orang bukan Islam dan hanya membincangkan tentang mahkamah syariah, tiada berkaitan tentang hudud,” katanya.

 

Aktiviti kempen PRK yang memasuki tempoh seminggu selepas penamaan calon pada 6 Jun lalu terus giat dilakukan oleh seluruh jentera parti PAS P093 Sungai Besar.

 

“ Walaupun PAS menang di pilihanraya kecil P.093 Sungai Besar, BN tetap akan memerintah negara. Namun, kita (PAS) telah memiliki suara yang lebih untuk memprotes,” ujar beliau lagi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*