Pimpinan PAS Serta Penduduk Sungai Besar Banjiri Solat Jenazah dan Pengebumian Dua Beranak

SUNGAI BESAR-Semalam, dua beranak yang merupakan petugas PAS Sungai Besar telah meninggal dunia akibat dilanggar kereta ketika melintas jalan untuk ke surau bagi menunaikan solat Subuh.
 
Kejadian yang berlaku berhampiran Markaz PAS Hulu Langat di Parit 8, Sungai Leman Darat, Sungai Besar itu telah mengorbankan Allahyarham Sharif Din, S/U JPRK Pas Hulu Langat dan anaknya Wan yang merupakan salah seorang OKU.
 
Proses solat jenazah yang diadakan di Masjid Batu 10 serta pengebumian dua beranak ini berjalan lancar. Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan yang dibanjiri oleh penduduk Kampung tersebut.
 
Turut hadir menyempurnakan solat jenazah ialah YB Ust Nik Mohamad Abduh, Ketua Pemuda PAS Malaysia, YB Ust Solihin Mukhyi dan Ust Hanafi Zulkafli, Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor.
 
Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Sdr Nurul Islam semalam turut memaklumkan insiden ini melalui laman sosial facebook beliau ini serta berdoa semoga Allahyarham dikurniakan syahid dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*