Politik matang buka pintu PAS kepada non-Muslim

SUNGAI BESAR – Tindakan PAS untuk menjadi blok ketiga dalam politik negara membuka pintu kepada golongan bukan Islam untuk mendekati parti tersebut secara terus tanpa perantaraan parti politik lain tegas Ketua Pemuda PAS Pusat, Yang Berhormat Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Tambah beliau, pendekatan itu juga menguntungkan PAS kerana ia memberi peluang untuk mendekati penyokong Umno.

 

“Untung PAS dalam Pakatan Rakyat, PAS sekarang mampu berhubung dengan orang non-Muslim, cina dan india tanpa perlu kepada DAP. Bila kita masuk Pakatan Rakyat kita dituduh masuk DAP, tak betul. Sekarang walaupun DAP tidak ada, kita boleh terus dengan orang cina dan orang india.

 

“Sekarang ini kita pergi dengan Umno, DAP pula tuduh kita dah jadi Umno. Maknanya PAS dah jadi Umno Dulu Umno kata PAS dah jadi DAP, tetapi yang berlaku sebaliknya sekarang sebagai mana kita boleh mendekati orang cina secara terus, kita boleh dekat dengan orang (penyokong) Umno,” katanya kepada wartawan selepas ceramah isu semasa semalam.

 

Tambah Ustaz Nik Mohamad Abduh, penyokong Umno yang dulu takut untuk dekati PAS, tetapi perkara tersebut tidak lagi berlaku kerana dasar PAS yang mengamalkan politik yang matang dan sejahtera.

 

“Alhamdulillah walaupun hari ini DAP cuba nak panaskan hubungan non-Muslim dengan PAS tapi saya yakin orang cina berani nak tanya orang PAS sendiri. Dia tak takut DAP, dia tak takut Umno. Dia nak kenal PAS dia datang sendiri jumpa PAS. Terbukti dalam pilihan raya kecil ini, tengok orang cina dan orang india boleh menerima calon kita datang kepada mereka di rumah dan di kedai.

 

Semalam Ustaz Nik Mohamad Abduh menyampaikan ceramah isu semasa di Sungai Panjang untuk kempen pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar.

 

Turut sama pada ceramah itu adalah calon PAS, Dr. Abdul Rani Osman dan selebriti Bob Lokman.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*