PAS Parti Politik, Mendukung Agama

SUNGAI BESAR- Calon PAS P093 Parlimen Sungai Besar, YB Dr. Abdul Rani Osman berkata PAS bukan agama tetapi politik PAS dibawa berasaskan Islam.

“Kalau ada orang Islam yang kata politik tiada dalam Islam, bertaubatlah ,tidak sempurna iman jika menentang,”ujar Dr.Rani dalam program sembang santai di Kampung Baru Nelayan.

 

Tambahnya, perlembagaan UMNO berasaskan bangsa,negeri barulah agama ,agama itu tidak diutamakan sedangkan PAS berasaskan Islam menjadikan agama adalah yang utama.

 

Menyentuh tentang Rang Undang-Undang (RUU) yang telah dibentangkan oleh Presiden PAS di Parlimen lalu,beliau menegaskan RUU ini tiada kena mengena dengan non-muslim,RUU ini tidak digunakan untuk menyokong hudud tetapi dimainkan oleh orang ramai bahawa ianya berkaitan hudud.

 

Dalam siri kempen Dr.Rani, sebanyak 15,000 naskhah risalah telah dicetak dan diedarkan kepada orang Cina. Sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat Cina di Sungai Besar.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*