286 anggota polis, PGA jalankan tanggungjawab mengundi awal di Sungai Besar

286 orang anggota polis termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan tanggungjawab mengundi di dua pusat mengundi bagi pilihan raya kecil Sungai Besar di sini hari ini.

 

Proses membuang undi berjalan lancar setakat pukul 10 pagi tadi dan pusat mengundi dijangka tutup sekitar pukul 2.30 petang.

 

Calon PAS, Dr Abdul Abdul Rani Osman turut hadir bagi melihat proses pengundian yang sedang berjalan.

 

Turut hadir mengundi adalah Timbalan Ketua Polis Perlis, Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd.

 

Menurut Mushar beliau mengambil cuti bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Untuk mengundi saya datang ke sini sebagai hak saya sebagai pengundi di parlimen ini ,” katanya ketika ditemui wartawan sewaktu proses pembuangan undi sedang berlangsung.

 

Pengundian awal dijalankan melibat anggota polis yang bertugas pada hari pengundian bagi parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

 

Hari mengundi bagi kedua-dua parlimen berkenaan ditetapkan pada hari Sabtu 18 Jun ini.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*