Program Jom Shopping Kerajaan Negeri Selangor bantu ringankan beban penduduk.

Program Jom Shopping Anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Pasar Raya Seri Kassim pagi tadi membantu meringankan beban penduduk setempat untuk menghadapi bulan ramadhan dan persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

 

Calon PAS bagi pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar Dr. Abdul Rani Osman yang hadir pada majlis itu bagi menyampaikan baucer serta menemani penduduk untuk membeli belah.

 

“Duit ini bukan duit saya, bukan duit kerajaan Selangor. Ini duit rakyat, saya mesti berikan kepada rakyat kerana ini hak rakyat,” katanya dalam ucapan ringkas sewaktu baucher diagihkan.

 

Penduduk yang ditemui rata-rata memuji langkah yang diambil Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat menangani masalah kos sara hidup yang semakin meningkat.

 

Salah seorang penduduk , Mohd Arshad Abdul Latif, 49, berkata bantuan baucer tersebut membantu meringankan keluarga beliau dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi.

 

“Dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi, sumbangan ini untuk keperluan satu keluarga memang tak cukup. Namun meringankan bebas sedia ada,” kata beliau kepada Merahkuning.com ketika ditemui di program tersebut.

 

Mohd Arshad

 

Mohd Arshad turut menyeru penduduk Sungai Besar agar melakukan perubahan pada pilihan raya kecil akan datang dengan memilih calon daripada PAS

 

“Kenapa masih pilih BN dengan keadaan ekonomi yang teruk ini, dengan cukai gst. Penduduk di sini mesti melakukan perubahan. Kalau kita sokong lagi BN dia akan lebih suka lagi,” tambah beliau.

 

Sementara itu seorang pengusaha kuih Inah Jamil, 49, memberitahu beliau dapat menggunakan baucer tersebut untuk membeli barangan keperluan asas serta persiapan raya.

 

“Alhamdulillah dapat sumbangan. Semoga Dr. Rani akan menang pada pilihan raya nanti,” kata beliau yang juga seorang ibu tunggal.

 

Pada program tersebut sebanyak sebanyak 200 baucher barang keperluan diagih kepada penduduk yang memerlukan di sekitar Pasir Panjang.

 

Program tersebut akan diteruskan lagi esok bermula pukul 10 pagi sehingga 2 petang di tempat yang sama.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*