Tawan Hati Penduduk, Kebajikan Diutamakan

SUNGAI BESAR- Parti Islam Se-Malaysia (PAS) meneruskan siri ziarah kebajikan disekitar Sungai Besar.

Permasalahan penduduk amat dititikberatkan terutamanya soal kebajikan.

 

Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat Selangor , Puan Hajah Norliza Namin meneruskan khidmat ziarah dan memberi sumbangan kepada golongan warga emas dan kurang upaya. Sumbangan yang disampaikan sendiri oleh Puan Hajah Norliza itu berupa barangan dapur.

 

Sumbangan dibuat kepada lapan buah keluarga yang mempunyai anak kurang upaya ,warga emas dan pesakit kronik. Rombongan daripada Dewan Muslimat itu diterima dengan ramah oleh tuan rumah malah turut menzahirkan rasa gembira atas kedatangan ke rumahnya.

 

Selain daripada memberikan sumbangan, khidmat nasihat juga diberikan kepada semua keluarga yang dikunjungi.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*