Saya pergi program tersebut atas jemputan MB Selangor, saya tidak iktiraf calon PAN – Dr. Rani

SUNGAI BESAR – Semalam heboh apabila gambar program berbuka puasa bersama Menteri Besar Selangor yang turut melibatkan calon Parti Amanah Negara (PAN) tersebar di media.

 

Malam itu juga calon PAS YB Dr. Rani Osman tampil dalam satu program Sembang Santai di Ali Char Kuew Tiaw Sungai Besar yang mana beliau menjelaskan kekeliruan tersebut.

“Saya datang majlis berbuka puasa tersebut atas jemputan MB Selangor. Saya tidak pernah iktiraf Parti Amanah Negara. Mereka tidak amanah. Sebaran Whatsapp arahan boikot daripada DUPNS itu adalah palsu”

 

Dr Rani juga turut persoal perbuatan beberapa ahli parlimen PAN yang sanggup lompat parti tanpa rasa bersalah, kata beliau.

 

“2008 kita menang (di Selangor) dengan kombinasi PAS, PKR dan DAP. PAN tiada lagi waktu ini. Ni YB PAN ni bawa lari kerusi ni amanah ke ni? Kamu menang atas tiket PAS.

Beliau juga menegaskan bahawa kehadiran beliau pada program semalam membawa mesej yang jelas bahawa PAS mengamalkan politik matang dan sejahtera.

 

Spekulasi yang bertiup kencang semalam bahawa calon PAS YB Dr. Rani Osman yang hadir dalam program berbuka puasa anjuran Parti Amanah Negara (PAN) seolah-olah menyokong serta mengiktiraf parti tersebut.

 

Diharapkan spekulasi ini tidak dipanjangkan dan diharapkan ahli dan penyokong PAS tenang dan tidak panik.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*