Dr. Rani calon yang tepat – Tn Sri Abdul Khalid Ibrahim

SUNGAI BESAR – Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berpendapat tindakan PAS meletakkan Dr. Abdul Rani Osman sebagai calon pada pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar adalah tepat kerana pengalaman beliau yang luas sebagai ahli dewan undangan negeri (adun).

 

 

“Saya bagi pihak PAS ingin menyatakan bahawa calon kita yang saya anggap sesuai untuk jaga kawasan Sungai Besar.

“Beliau sudah lebih enam tahun menjadi adun yang peka tentang keharmonian dan kejayaan rakyat di Selangor,” katanya kepada wartawan sewaktu lawatan ke Pasar Sekinchan di sini semalam.

 

Menurut Tan Sri Abdul Khalid beliau tiada masalah untuk memperkenalkan Dr. Abdul Rani kepada penduduk dan pengundi di Sungai Besar atas keyakinan beliau yang tinggi kepada calon PAS.

 

Semnetara itu mengulas mengenai calon PAS bagi PRK Kuala Kangsar, Tan Sri Abdul Khalid yakin pemilihan itu adalah betul kerana PAS memilih calon yang diyakini dapat menunaikan tanggungjawab.

 

“Pemilihan di Kuala Kangsar juga seorang doktor yang menunjuk profesyen yang sangat senang dengan rakyat. Jadi selain dapat bantu merawat, beliau juga akan membantu mengetengahkan masalah rakyat,” tambah beliau.

 

Esok penduduk Sungai Besar akan membuang undi bagi memilih wakil rakyat bagi kedua-dua parlimen berkenaan ekoran berlaku kekosongan selepas penyandangnya meninggil dalam kemalangan helikopter di Sarawak awal Mei lalu.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*