Kelas Masakan Kek Sarawak,Curi Hati Penduduk

SUNGAI BESAR-Pusat Wanita Berdaya(PWB) DUN Sungai Panjang telah menganjurkan kelas masakan kek lapis Sarawak disini,semalam.

 

Kelas kemahiran yang dianjurkan secara berkala oleh PWB itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Blok PPRT Batu 23. Kelas tersebut dikendalikan oleh Cikgu Nurul Ikhwan ,seorang tenaga pengajar untuk program-program PWB.

 

Seorang peserta,Puan Pauziah Shukme berkata beliau memperolehi pengalaman baru mempelajari cara membuat kek lapis Sarawak ini. Majlis dirasmikan oleh Ustaz Razali, penyelaras DUN Sungai Panjang.

 

Calon PAS Sungai Besar ,YB Dr.Abdul Rani Osman sempat turut serta dalam upacara memotong kek lapis Sarawak.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*