Pergantungan Kepada Allah Menetukan Segala Perancangan

Secara zahirnya, kemenangan pilihanraya dilihat sebagai mercu tanda kejayaan sebuah parti yang menjadi kepercayaan rakyat. Sinonimnya juga, mendapat undi yang banyak sewaktu pilihanraya menjadi kebanggaan bukti mandat diberikan oleh rakyat.

 

 

Namun begitu, bagi parti PAS yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar kali ini melihat usaha berterusan sebagai titik mula sebuah kejayaan.

 

Jika sebelum ini, BN menguasai kedua-dua Parlimen, tetapi kali ini belum tentu mereka mampu mengekalkan kerusi tersebut. Isu kebajikan rakyat yang terabai dilihat mula membuka mata masyarakat untuk memilih pemimpin yang selayaknya. BN bukanlah sebuah parti yang menjaga kebajikan malah semakin hari semakin galak membebankan rakyat tanpa mempedulikan derita yang ditanggung mereka.

Bagi PAS, percaturan kerusi pada PRK kali ini bukan semata-mata mahu memburu kemenangan dengan menabur janji manis, akan tetapi mempunyai visi yang jelas untuk mengubah nasib rakyat.

 

Sebagai sebuah parti yang teguh menjunjung risalah nabi, PAS tidak lain tidak bukan hanya mahu Islam tetegak di muka bumi dan mentadbirnya dengan adil.

 

Islam yang syumul terkandung segala aspek kehidupan manusia, aqidah, syariat, akhlak dan cara hidup yang menyeluruh tetap memberi ruang kepada penganut bukan Islam melihat serta merasai pemerintahan Islam agar mereka mampu menyaksikan keadilan Islam.

 

Sempena pilihanraya kali ini, tiada harapan terbaik selain pergantungan kepada Allah S.W.T sahajalah yang menentukan segala perancangan. Kita hanya mampu berusaha, selebihnya urusan Dia yang Maha Kuasa.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*