Kerajaan Negeri Setuju Melepaskan Rumah Selangorku Kepada PRIMA Untuk Membantu PRIMA Mencapai Sasaran

Kerajaan Negeri Selangor bersetuju PRIMA mengambil alih projek-projek Rumah Selangorku dari pemaju swasta agar PRIMA dapat mencapai sasaran mereka.

 

Setakat ini PRIMA telah memohon untuk mengambil alih 1 projek Rumah Selangorku yang telah diluluskan di bawah program insentif pembinaan Rumah Selangorku 2015.

Projek itu adalah di Cyber 11, Cyberjaya yang melibatkan 1,932 unit Rumah Selangorku.

3 insentif telah ditawarkan di bawah skim tersebut kepada pemaju-pemaju seperti berikut,

1.) Peningkatan kepadatan sehingga 120 unit seekar bagi kawasan-kawasan yang sesuai.

2.) Pengecualian caj pemajuan.

3.) Pengurangan bayaran premium.

 

Setakat ini lebih 22,000 unit Rumah Selangorku telah diluluskan untuk dibina oleh pemaju-pemaju.

 

Walau bagaimanapun persetujuan kerajaan negeri adalah tertakluk kepada beberapa syarat,

1.) Harga jualan hendaklah seperti yang diluluskan oleh kerajaan negeri dan tidak boleh mengikut harga maksima PRIMA iaitu RM300,000. Harga Rumah Selangorku adalah di antara RM42,000 hingga RM250,000.

2.) Separuh dari nama-nama pembeli mestilah dari senarai Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor.

3.) Projek hendaklah dijenamakan sebagai SELANGORKU PRIMA dan bukan PRIMA sahaja.

 

Kerajaan negeri sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk menyediakan perumahan yang sempurna bagi rakyat.

 

Masalah perumahan tidak seharusnya dipolitikkan kerana ia melibatkan kebajikan rakyat.

 

Kerajaan negeri telah dapat bekerjasama dengan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan sebelum ini, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Timbalan Menteri, Datuk Halimah Mohamed Sadique dalam isu-isu perumahan demi kesejahteraan rakyat.

 

YB Dato Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar
Negeri Selangor
29 Jun 2016

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*