Pesuruhjaya PAS Selangor sokong saranan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Shah Alam – Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menyatakan sokongan terhadap gesaan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man agar parti politik pembangkang menumpukan usaha terhadap menjatuhkan Barisan Nasional.

 

Menurut Datuk Iskandar keputusan pilihanraya kecil Sungai Besar menunjukkan pembangkang gagal mencapai persefahaman pilihanraya yang menyaksikan BN meraih kemenangan di parlimen tersebut.

 

“Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan realiti politik tersebut.

 

“Jika suasana hari ini berlarutan kemungkinan Barisan Nasional akan terus memerintah Malaysia dan Selangor akan dapat dirampas semula oleh mereka pada pilihan raya umum yang akan datang.

 

“Satu formula yang akan memastikan prinsip-prinsip semua pihak dihormati mesti dicari.

 

“Rakyat Malaysia sudah sekian lama terseksa di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

 

“Sejak Mac 2008, rakyat negeri Selangor menikmati banyak manfaat dari kerajaan negeri yang tidak dinikmati sebelum ini,” katanya dalam perkongsi di laman Facebook peribadi beliau hari ini.

 

Tambah beliau, pemimpin politik mesti memikirkan tentang masa depan dan nasib rakyat kerana kepentingan rakyat biasa dan orang politik adalah berbeza.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*