Kempen Hapuskan Tikus Tingkat Kesedaran Penduduk

SELAYANG- Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menjalankan Kempen Hapuskan Tikus  bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebersihan persekitaran setempat dan di rumah masing-masing  bagi menjamin kesihatan penduduk.

 

“Kempen ini diadakan sempena Karnival Jom Sihat yang akan diadakan pada 30 Julai 2016 bertempat di Dataran Ilmu Bandar Baru Selayang  dengan kerjasama Zon 11 MPS,” ujar Puan Norazlin, Ahli Majlis Zon 11 MPS.

 

Kempen Hapuskan Tikus ini memberi semangat kepada penduduk untuk menangkap tikus dan seekor tikus diberi harga RM3.00 seekor.

 

“Kempen ini diadakan selama sebulan dan dijalankan secara berkala, setakat ini jika diadakan kempen sebegini biasanya memdapat sambutan daripada  penduduk sekitar,”kata Puan Norazlin kepada Merahkuning.com.

 

Semoga dengan adanya kempen sebegini,masyarakat semakin cakna dengan keadaan persekitaran mereka.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*