Sambutan Raya MPP MBSA Meriah

SHAH ALAM: Majlis Perwakilan Penduduk(MPP) ,Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA) mengadakan sambutan Hari Raya semalam. Sambutan raya yang menggabungkan tiga Zon diShah Alam mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk.

Seawal jam 8.00 malam majlis bermula dan berakhir pada jam 11.00 malam. Sambutan raya diserikan dengan kehadiran Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga ADUN Chempaka,Dato’ Iskandar Samad.

 

Pengerusi MPP Zon 1, Ustaz Dusuki Abd Rani berkata tujuan diadakan rumah terbuka ini adalah untuk merapatkan silaturrahim antara penduduk yang mana turut menjadi seruan dalam agama Islam. Beliau juga menyeru untuk terus meningkatkan amal walaupun bulan Ramadhan telah berlalu.

 

Sambutan hari raya turut diselitkan dengan flashmob bantahan Konsert Selena Gomez yang dianjurkan oleh barisan anak muda Shah Alam.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*