Food Stamp: Sistem penggiliran beri lebih ramai peluang terima bantuan

Kerajaan negeri Selangor akan menggunakan sistem giliran dalam Program #SmartSelangor Food Stamp bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat manfaat lapor Selangor Kini.

 

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amirudin Shari, program tersebut mendapat sambutan menggalakkan dengan peningkatan jumlah pendaftaran sejak diperkenalkan.

 

“Ini program kedua dalam tempoh dua bulan dan kita merancang dari segi pengagihan dalam memastikan mereka yang benar layak dan susah menerima bantuan.

 

“Ia sangat membantu bagi mereka yang berdepan pendapatan kecil dan masalah pendapatan,” katanya dipetik daripada portal rasmi kerajaan negeri itu.

 

Sejak diperkenalkan, hampir 200 keluarga di DUN Batu Caves menerima manfaat Food Stamp.

 

Sebelum itu Amirudin menyerahkan sumbangan berbentuk barangan keperluan makanan kepada 82 keluarga di hadapan Pusat Khidmat Adun di Taman Amaniah.

 

#SmartSelangor Food Stamp adalah Program Bantuan Makanan Asas yang dilaksanakan dengan peruntukkan RM3 juta bertujuan membantu rakyat termiskin di seluruh Negeri Selangor.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*