Cendol Bakar Kuala Selangor

Lama sudah Merahkuning.com tidak berkongsi tempat menarik diSelangor ini. Pada kali ini Merahkuning.com akan membawa anda ke kuala Selangor. Kalau pergi kuala Selangor mesti makanan seafood menjadi tumpuan kan?? Tapi kali ini Merahkuning.com nak bawa merasa makanan yang sejuk sejuk dingin gitu…Cendol Bakar drive-thru kuala Selangor memang dah terkenal di kuala Selangor, mungkin kalau tanya orang di kuala Selangor mesti boleh tunjukkan.

Apa keistimewaan cendol bakar ini?? Gula yang digunakan untuk buat air gula itu dibakar dahulu. Rasa cendol disini boleh dikatakan berada dalam kategori sedap mengikut selera sebab tidak terlalu manis dan tidak terlalu tawar. Merahkuning.com berpeluang merasa cendol pulut campur durian, jangan terliur pulak…hehehe.

 

 

Selain pelbagai jenis menu cendol yang disediakan, terdapat juga menu lain di gerai-gerai yang di sediakan seperti lempeng pisang, bakso, coconut  shake, karipap gergasi dan macam-macam lagi. oh, sebelum terlupa, di situ juga ada gerai nama pondok durian.. ada macam-macam menu berasaskan durian.

 

 

Suasana susunan gerai-gerai di sini ala – ala zaman pendekar melayu gerai yang menggunakan atap rumbia. Untuk pengetahuan semua pada hari minggu kebiasaanya kedai akan agak penuh dan kaunter drive-thru akan sesak dengan kereta yang berderet. Kalau boleh kongsi – kongsi la meja janganlah meja yang boleh duduk enam orang anda nak duduk berdua sahaja.

 

Untuk pengetahuan semua, waktu perniagaan cendol bakar ini dari pukul 10.00 pagi sehingga 7.00 petang. kalau Jika anda semua nak ingin ke sini, arahnya senang saja. Jika anda dari Lebuhraya LATAR, masuk exit kuala Selangor dan terus sahaja sehingga jumpa gerai cendol bakar ini betul-betul tepi jalan bersebelahan dengan stesen minyak Caltex. Untuk lebih memudahkan, anda boleh lihat GPS yang saya sediakan.

 

 

Sebelum terlupa, untuk membeli cendol disini, anda perlulah beratur dikaunter, kalau tunggu pelayan ambil order, memang tak akan ada. Kalau berpeluang datanglah. Mungkin kedengaran macam orang cakap “macam tak berbaloi je datang jauh-jauh semata-mata nak minum air cendol ni”  tapi percayalah sapa-sapa yang berkunjung dekat sini pasti tidak akan rasa rugi satu sen pun.

 

Sememangnya Merahkuning.com pun berpuas hati dengan Cendol Bakar ni. Secara keseluruhan, Merahkuning.com memberi skor  9/10 kepada Cendol Bakar Kuala Selangor. Bagi yang ingin mengunjungi, Merahkuning.com ada sertakan GPS untuk memudahkan anda.

 

https://www.google.com/maps/place/Cendol+Bakar+Kuala+Selangor/@3.303356,101.2949521,17z/data=!3m1!4b1!4m5!3m4!1s0x31ccf44d4fd96689:0x38105aa598e4c43d!8m2!3d3.303356!4d101.2971408

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*