Gempa bumi 7.7 magnitud gegar Kepulauan Mariana Utara

HONOLULU: Gempa kuat berukuran 7.7 magnitud melanda luar pantai Kepulauan Mariana Utara berhampiran Saipan di barat laut Lautan Pasifik, menurut Pusat Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS). 

 

Gempa bumi itu berlaku sejurus selepas jam 7 pagi tadi (11 pagi waktu Haiwaii pada Jumaat) pada kedalaman 188 kilometer. 
 
Pusat Amaran Tsunami Pasifik menyatakan tiada ancaman tsunami di Pasifik dan ia tidak membahayakan Hawaii, Alaska atau Pantai Barat AS. 
 
Laporan awal kerosakan atau kecederaan di Kepulauan Mariana Utara masih belum diperoleh. – AP

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*