6,500 migran Libya diselamatkan – Penyelamat Itali

ROME: Pasukan pengawal pantai Itali menemui mayat lima pendatang di Mediterranean manakala lebih 6,500 lagi diselamatkan dari Libya sejak Khamis lalu. 

 

Dalam satu operasi yang dilancarkan kapal tentera laut Itali, Vega, ‘lima pendatang ditemui di laut, tiga diberi rawatan manakala dua lagi sudah meninggal dunia’, kata unit pengawal pantai Itali dalam akaun Twitter. 
 
Kumpulan bantuan Jerman, Jugend Retter, menambah kapalnya, Iuventa, turut mengambil bahagian dalam operasi sama untuk menyelamatkan 130 orang dalam bot getah yang sudah dimasuki air, dan menemui dua mayat. 
 
Mayat kelima ditemui dalam bot nelayan dan 470 pendatang atas bot sama diselamatkan tentera laut Itali dan kumpulan bantuan berpangkalan di Malta, MOAS.
 
 Misi pada Ahad di perairan Libya berjaya menyelamatkan 1,100 pendatang dan pelarian, meningkatkan jumlah kepada 6,530 sejak Khamis, kata pengawal pantai Itali yang menyelaras operasi itu. 
 
Menurut perangkaan terbaru dari agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) awal minggu ini, lebih 89,000 pelarian, terutama dari Sahara Afrika, tiba di Itali menerusi laut sejak awal tahun ini untuk mencari kehidupan lebih baik di Eropah. – AFP

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*