Kerajaan Negeri Selangor selesaikan 64 projek terbengkalai sejak ambil alih daripada BN – Exco Perumahan Selangor

SHAH ALAM – Sebanyak 64 buah projek terbengkalai telah berjaya diselesaikan Kerajaan Negeri Selangor melibatkan 29,811 unit rumah semenjak Mac 2008.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Selangor, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata 39 projek tersebut adalah projek berlesen dan 25 tidak berlesen.

 

Tambah Dato’ Iskandar kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) akan bertindak sebagai pemudah cara bagi menyelesaikan projek terbengkalai.

 

“Antara polisi Kerajaan Negeri melalui LPHS ke atas projek terbengkalai adalah membantu pembeli menubuhkan jawatankuasa bertindak supaya tindakan dan badan yang terlibat di mana persetujuan sekurang-kurangnya 85 peratus daripada pembeli perlu diperolehi terlebih dahulu.

 

“LPHS berperanan mengeluarkan surat pengesahan projek terbengkalai supaya pembeli dapat berurusan dengan pihak bank menstrukturkan semula atau pengurangan bayaran bulanan daripada pembiaya atau bank,” kata Dato Iskandar di Sidang Dewan Negeri Selangor menjawab soalan daripada Adun Teratai, Tiew Way Keng.

 

Beliau dalam pada itu turut menjelaskan beberapa polisi lain yang diambil kerajaan negeri termasuklah memberi khidmat nasihat panduan tindakan kepada pembeli untuk membawa kes ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

 

“Masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan BN sebelum ini berjaya diselesaikan oleh Kerajaan Negeri Selangor sekarang,” tambah beliau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*