300 tahanan Palestin henti mogok lapar

RAMALLAH: Lebih 300 tahanan Palestin hari ini menghentikan mogok lapar selepas pihak berkuasa penjara Israel bersetuju untuk tidak menjalankan pemeriksaan badan memalukan selain mengembalikan semula tahanan yang dipindahkan baru-baru ini, kata sebuah kumpulan hak asasi manusia.

Tahanan berkenaan, terdiri daripada anggota Hamas, memulakan mogok Rabu lalu bagi membantah tindakan pihak berkuasa penjara menghantar sejumlah banduan ke kurungan persendirian, merampas barangan milik peribadi dan pemindahan ke sel lain. 

 
Mereka bersetuju menghentikan mogok itu selepas diberi jaminan tidak akan dibogelkan ketika pemeriksaan badan dan mengembalikan banduan yang dipindahkan, kata Kelab Tahanan Palestin. 
 
Perkhidmatan Tahanan Israel hari ini berkata, ia sudah memindahkan tahanan Hamas, memeriksa sel penjara dan merampas telefon bimbit awal minggu ini, tindakan berdasarkan ‘maklumat perisikan mengenai kegiatan keganasan dari dalam penjara.’ 
 
Bagaimanapun, puluhan tahanan anggota haluan kiri Barisan Pembebasan Popular Palestin (PFLP) masih meneruskan mogok lapar semalam. Mereka enggan menerima makanan sebagai sokongan terhadap seorang tahanan, Bilal Kayed, yang sudah berpuasa selama 53 hari kerana membantah penahanan tanpa dibicarakan. 
 
Kayed sepatutnya dibebaskan Jun lalu selepas menjalani hukuman penjara selama 14 tahun enam bulan didakwa terbabit dengan kegiatan PFLP, dilabel pertubuhan pengganas oleh Israel, Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat. -AFP

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*