Jagalah Hak Sesama Kita

“Janganlah berusaha mengambil hak orang lain, yang bukan dari milikmu. Dalam persahabatanmu janganlah mengkhianati, sahabatmu yang sejati…” Itu antara bait-bait lirik nasyid dari kumpulan Raihan.

 

Ia dapat difahami bahawa setiap manusia ada hak di dalam kehidupan ini yang telah dikurniakan Allah kepada mereka yang perlu dihormati oleh orang lain. Di dalam Islam, ia diperincikan lagi melalui maqasid syariah iaitu kewajipan muslim memelihara 5 perkara iaitu agama,nyawa,harta,keturunan dan akal  .

 

Banyak dalil Al-Quran yang menyebut tentang hal ini. Antaranya seperti berikut:

Hak

Dalil

Hak hidup dan keselamatan diri, mendapat perlindungan, keselamatan dan harta

Al-Maidah ayat 32

Al-An’am ayat 151`

Hak memperoleh kehormatan dan rumah tangga

An-Nur ayat 27-28

Hak memperoleh kemerdekaan berfikir,mendapat pendidikan

Al-A’raf ayat 179

 

Dengan kata lain, Islam mengajar kita supaya jangan sembarangan menyentuh hak orang lain khususnya yang berkaitan 5 perkara di atas.

 

Realiti yang berlaku di dalam masyarakat pada hari ini bukan seperti yang kita harapkan. Suatu perkara yang perlu kita rasa risau bersama iaitu telah banyak kes yang menyebabkan terancamnya hak orang lain yang melanggar maqasid syariah tersebut. Antara contohnya seperti berikut:

Kes

Sumber

Mengancam

43 kes permohonan murtad dibawa ke Mahkamah Syariah Perak-Timbalan Mufti

Utusan Online,18/12/2011

Agama

Kes bunuh 3 beradik:Remaja 16 tahun ditahan

Utusan Online,2/12/2013

Nyawa

Dua remaja ditahan rompak kedai serbaneka

Sinar Harian, 2/8/2014

Harta

Remaja mangsa kes rogol tertinggi

Harian Metro Online,2007

Keturunan

 

Ibrah Dari Pengalaman Di Syria

Hal ini begitu berbeza dengan apa yang penulis ketahui dari apa yang dilalui oleh penceramah terkenal Ustaz Syed Abdul Qadir Al-Jufri ketika beliau berkunjung ke Syria dalam misi menghantar bantuan kepada penduduk yang dizalimi oleh rejim Basyar Al-Asad. Ketika beliau menegur berkenaan sedapnya coklat yang dimiliki oleh seorang kanak-kanak Syria yang telah diberikan oleh aktivis kemanusiaan yang lain, tiba-tiba kanak-kanak tersebut mahu memberikan bahagian coklat tersebut kepadanya.

 

Beliau kagum dengan ketinggian nilai jatidiri yang dimiliki oleh kanak-kanak itu yang lebih mementingkan hak orang lain melebihi dirinya sendiri walaupun suasana Syria yang menyebabkan terdesaknya penduduk negaranya untuk mendapatkan keperluan hidup seperti bekalan makanan bagi meneruskan kehidupan. 

 

Oleh itu, sama-sama kita menjaga dan menghormati hak orang lain sebagaimana kita mahu orang lain menjaga dan menghormati hak kita. Hasilnya In Syaa Allah terbina sebuah masyarakat yang aman dan damai dengan kehidupan yang saling kasih-mengasihi antara satu sama lain. Lantas terbentuknya sebuah negara yang baik yang mendapat keampunan Allah seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran. Walllahualam.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*