Jelajah Infratani Dun Taman Templer, peluang warga kota luangkan masa bersama keluarga

Karnival Jelajah Infratani Dun Taman Templer yang berlangsung pada sabtu lepas berjaya menarik warga Selayang khususnya penduduk Taman Templer untuk meluangkan masa bersama keluarga.

 

Bertempat di Dataran Ilmu Bandar Baru Selayang, kehadiran warga kota amat memberangsangkan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik turut dijalankan termasuklah Konsert Daie ‘Gua Rock Gua Beriman’ yang menampilkan artis seperti Ali XPDC, Mel Wings, Azmi Caliph Buskers dan Ustaz Zol Rock.

 

 

Program diserikan dengan pelbagai aktiviti hiburan santai, majlis ilmu, aktiviti sukan rakyat dan gerai membeli belah serta pameran agro daripada agensi kerajaan serta peniaga.

 

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Templer, Zaidy Abdul Talib, siri Jelajah Infratani merupakan aktiviti yang dijalankan bagi mempromosikan Selangor Agro Fest 2016 yang akan diadakan di Pantai Morib, Banting pada 20 hingga 23 Oktober tahun.

 

“Selain itu kita juga melakukan lawatan ke tapak-tapak pertanian, kebun-kebun di Taman Rimba Kanching yang kita akan bangunkan sebagai Agro Forest Tree serta kita juga menyampaikan sumbangan dan bantuan untuk membantu usahawan tani.

 

“Antaranya kita bantu dari segi memberi mesin serta membantu memasarkan produk-produk usahawan tani ini.

 

 

“Di sebelah petang kita adakan lawatan ke Jalan 62 Selayang Baru untuk melihat keadaan isu banjir di sana apabila hujan lebat. Serta lawatann berkaitan isu parit di Traffic Light Kampung Bendahara.

 

“Antara agensi yang terlibat bersama hari ini adalah Jabatan Pengairan dah Saliran (JPS) serta Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya yang juga merupakan Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani kepada Merahkuning.

 

Zaidy dalam pada itu turut mengambil peluang bergaul dengan orang ramai yang hadir ke program Jelajah Infratani dengan turut sama menyertai pertandingan Motor Paling Lambat.

 

Sementara itu bagi orang ramai yang ditemui rata-rata menyambut baik penganjuran aktiviti sihat seperti ini kerana memberi peluang untuk mereka meluangkan masa bersama keluarga.

 

 

“Saya datang dengan suami dan anak-anak untuk meluangkan masa bersama. Program ini sarat dengan pelbagai aktiviti menarik serta sesuai mereka yang sudah berkeluarga.

 

“Selain itu juga penganjuran program seperti konsert malam ini juga amat baik kerana memberi peluang untuk hiburan alternatif kepada rakyat,” kata salah seorang pengunjung yang ditemui Merahkuning.

 

Program yang bermula sejak awal pagi itu diserikan turut diserikan dengan kehadiran penceramah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani.

 

 

Selain itu orang ramai turut berpeluang membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma di khemah yang disediakan. Kepada pencinta haiwan peliharaan, khinik haiwan bergerak turut disediakan.

 

Antara aktiviti menarik lain yang diadakan ialah pertandingan mewarna kanak-kanak, Dapur Talk – pemakanan sihat, tukar minyak hitam percuma, gunting rambut, khidmat nasihat peguam syarie, pertandingan tolak 4×4, bowling kelapa dan banyak lagi.

 

Selain itu Zaidy turut menyerahkan bantuan Food Stamp kepada penduduk yang layak selain penyerahan bayaran Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Fasa 2.

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*