YB Halimah Rasmi Karnival Jom Gegar

KLANG- Karnival Jom Gegar Street Walk Pengkalan Batu yang bermula sejak 5 Ogos yang lalu telah melabuhkan tirainya hari ini.

 

Karnival yang dijalankan di Pengkalan Batu,Klang, yang dianjurkan oleh Pertubuhan Ekonomi,Kebajikan dan Kemaslahatan Peniaga Klang (PEKEMAS) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah dirasmikan oleh Adun Selat Klang, Yang Berhormat Dr Halimah Ali.

 

YB Dr Halimah Ali, di dalam ucapannya berharap agar tempat ini (Pengkalan Batu) menjadi pusat tarikan pelancong, memandangkan kawasan itu berdekatan stesen Komuter Klang. Selain itu juga, beliau turut bersetuju para peniaga untuk berniaga agar mereka memperoleh keuntungan bersesuaian dengan saranan kerajaan negeri Selangor yang menggalakkan sesuatu perniagaan yang baik.

 

 

Ujarnya lagi , beliau berharap pihak Pekemas akan berniaga dan menganjurkan program yang mematuhi syariah dan pembangunan di Pengkalan Batu ini mampu menjadikan Selat Klang harmoni,sejahtera serta diampuni oleh Allah SWT yang tertera di dalam surah Saba’ ayat 15 “Baldatun Toyyibatun Waraabun Ghaffur”.

 

Turut hadir di dalam majlis iaitu Yang Di-Pertua MPK, Yang Berbahagia, Dato’ Mohamad Yasid Bidin dan Yang Di Hormati, Orang Besar Daerah Klang Dato Abdul Ghani Pateh Akhir.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*