Hospital Baghdad terbakar, 11 bayi baru lahir maut

BAGHDAD: Sebelas bayi baru lahir di sebuah hospital maut akibat terhidu asap dalam kebakaran yang berlaku di premis itu di ibu kota Iraq, lapor stesen televisyen tempatan, memetik kenyataan pegawai Kementerian Kesihatan.

 

“Kebakaran berlaku di salah satu unit wanita hospital Al Yarmouk di Baghdad. Sebelas bayi baru lagi meninggal dunia berikutan kejadian itu,” kata jurucakap kepada penyiar satelit, As-Sumariya, menambah 29 pesakit wanita dan tujuh kanak-kanak terpaksa dipindahkan ke hospital lain. 
 
Sumber lain di media sosial meletakkan angka kematian bayi itu seramai 20 orang, memetik sumber polis. Jurucakap Kementerian Kesihatan berkata, pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran yang berlaku akibat litar pintas. – AGENSI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*