Peruntukan hampir RM1 juta jayakan Pembangunan Usahawan Industri Komuniti Kampung.

SHAH ALAM-Hampir 1juta ringgit diperuntukkan bagi menjayakan Program Pembangunan Usahawan Industri Komuniti Kampung 2016,berbanding RM793,300 pada tahun 2015.

Exco Hal Ehwal Agama,Jawatankuasa Adat Melayu,Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi,Dato’Dr Ahmad Yunus Hairi berkata kursus ditawarkan adalah memberi peluang kepada penduduk kampung untuk menambah peluang bagi meningkatkan pendapatan selain bertujuan memperkukuh masyarakat setempat dengan aktiviti sosio ekonomi yang berdaya maju.

 

“Harapan kita yang datang kursus ini memang mereka memerlukan sebagai sumber menjana pendapatan mereka,kita adakan kursus dan kita berikan peralatan kepada mereka untuk mereka memulakan kerjaya selepas tamat kursus dan kita akan pantau,”kata Ahmad Yunus kepada Merahkuning.com.

 

 

Tambah Ahmad Yunus, bidang yang ditawarkan sudah ada dan ingin diperkasakan bidang tersebut selain ianya dipilih menjadi kerjaya. Bidang ini tidak memerlukan akademik yang tinggi tetapi memerlukan minat dan kemahiran.

 

Terdapat empat kursus yang ditawarkan iaitu Program Pembangunan Usahawan Gunting Rambut,Penjaja makanan dan minuman,juruterapi komplimentari dan usahawan membaiki kasut. Seramai 105 orang daripada 170 orang yang menghadiri temuduga layak untuk diterima menghadiri kursus.

 

Seorang peserta, Nor Bariyah binti Yusof,28 tahun berkata beliau menjalankan perniagaan mobile Spa yang mengandungi pakej berurut,bekam dan urutan bersalin.

 

“Saya berharap nak tingkatkan Spa yang ada,nak tambah ilmu,alhamdulillah sekarang saya dah ada syarikat sendiri,kalo boleh nak sertai semua program diSelangor ini,”kata Bariyah yang juga anak jati Selangor.

 

Nurul Ain binti Mohd Yusof,22 tahun menyifatkan kursus ini dapat mengembangkan lagi kemahiran beliau dalam bidang fisioterapi.

 

“Saya menjalankan fisioterapi dari rumah ke rumah, soalan yang selalu pelanggan utarakan ialah berkenaan sijil yang ada untuk manjalankan fisioterapi ini. Saya berharap dengan adanya program ini mengukuhkan lagi kerjaya saya dan dapat lebih banyak ilmu,”kata Nurul Ain kepada Merahkuning.com.

 

Program ini merupakan kerjasama dengan INSPENS International College,Kuala Selangor dan Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU),Kuala Kubu Bharu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*