Solat Hajat Dan Munajat Bersama Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia

KUALA LUMPUR– Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, dijangka bakal menghadiri satu majlis munajat di Taman Melewar, Kuala Lumpur, pada Ahad, 14 Ogos nanti.

Majlis Solat Hajat Dan Munajat Sempena Rang Undang-undang 355 yang akan diadakan bermula 7.30 malam itu dijangka bakal dihadiri umat Islam yang ingin menzahirkan sokongan terhadap RUU 355 ke arah menambahbaik perjalanan mahkamah syariah di negeri Kelantan di samping sama-sama bermunajat supaya impian umat Islam itu di bawah rahmat Ilahi.

 

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang juga ahli Parlimen Marang telah membentangkan pindaan RUU 355 bagi memperkasa peranan mahkamah syariah di Malaysia; khususnya di negeri Kelantan dalam satu sidang parlimen yang berlangsung Mei lalu.

 

Rang Undang-undang Persendirian itu bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang akan membuka jalan kepada pelaksanaan hudud dan qisas di negara ini.

 

Memetik sumber Harakahdaily, beliau hanya mengambil masa kira-kira tiga minit untuk membacakan usulnya sebaik sahaja dibenarkan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

 

Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia itu juga telah memohon agar usulnya itu ditangguhkan untuk dibahaskan ke mesyuarat ke-3 yang dijangka berlangsung pada 17 Oktober akan datang.

 

Majlis munajat tersebut akan berlangsung di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) serta terbuka kepada semua lapisan masyarakat-Ettihad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*