JKK Kampung Kubu Gajah anjur gotong-royong perdana cegah denggi

Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK) Kampung Kubu Gajah dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Petaling serta Jabatan Kesihatan Persekitaran Majlis Bandaraya Shah Alam menganjurkan kempen kesedaran bahaya denggi pada 14 ogos lalu.

 

Program bertempat Jamiul Ehsan Kampung Kubu Gajah itu mendapat sambutan kira-kira 300 orang penduduk setempat.

 

 

Ketua Kampung Kubu Gajah, Mohamad Safiei Said berkata program itu dianjurkan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan cara mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.

 

“Wakil daripada Jabatan Kesihatan Persekitaran MBSA turut menyampaikan taklimat kepada penduduk tentang keadah-keadah menjaga rumah daripada pembiakan nyamuk aedes,

 

 

“Selain itu kita turut mengedarkan risalah-risalah penerangan untuk bacaan penduduk,” katanya ketika dihubungi Merahkuning semalam.

 

Turut hadir pada aktiviti itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman, ahli parlimen Subang, R.Sivarasa dan Ahli Majlis Perwakilan Penduduk Zon 23 MBSA, Harri Mohammad Hassan.

 

Menurut Mohamad Safiei, selepas sesi taklimat penduduk turut bergotong-royong di rumah masing-masing bagi memastikan kebersihan kawasan kampung terjaga.

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*