Pertandingan Gasing Pangkah Terbuka Selangor 2016

MERU- Pihak Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Selangor (PADAT), JKKK Kampung Bukit Kapar dan Persatuan Gasing Pangkah Tradisional Kampung Bukit Kapar telah menganjurkan pertandingan Gasing Pangkah Terbuka Selangor 2016 pada 15 Ogos yang lalu.

 

Pertandingan yang berlangsung selama 2 hari itu mendapat penyertaan seramai 28 regu termasuk regu jemputan dari negeri Pahang.

 

“Pertandingan ini bertujuan untuk mengembalikan semula kegemilangan seni budaya warisan melayu melalui permainan gasing ,” kata Exco Hal Ehwal Agama,Jawatankuasa Adat Melayu,Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, YB Dato’ Dr Ahmad Yunus bin Hairi.

 

Tambahnya, pertandingan ini juga bertujuan bagi kerajaan negeri melalui PADAT untuk mendapatkan maklumat melalui pengumpulan persatuan gasing yang masih aktif di Negeri Selangor seterusnya mendokumentasikan maklumat berkenaan persatuan-persatuan ini.

 

Gasing yang dipertandingkan adalah secara pangkah yang merupakan salah satu sistem permainan gasing yang menjadi amalan di Negeri Selangor. Kemeriahan pertandingan ini dapat dirasakan pada hari kedua kerana para peserta menunjukkan kehebatan aksi masing-masing. Namun, adat pertandingan mesti ada yang menang dan ada yang kalah.

 

 

Johan pertandingan ini dimenangi oleh JKKK  Bukit Kapar (Selangor), tempat kedua Bukit Resak (Pahang), tempat ketiga Kuala Medang (Pahang) dan tempat keempat Bukit Kapar A (Selangor). Juara pertandingan ini membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 1800.00 .

 

Perasmian Penutup kejohanan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr Ahmad Yunus bin Hairi. Turut serta dalam majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan(ADUN) Meru ,YB Dr.Abdul Rani Osman.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*