Aduan: Homestay jadi lokasi parti ganggu ketenteraman penduduk

RAWANG – Kewujudan lima buah homestay di Taman Templer Villas di Rawang yang menawarkan servis Rumah Parti mengganggu penduduk kawasan perumahan itu sejak 7 bulan lalu.

 

Menurut penduduk yang ditemui, CJ Tan, 38, setiap hujung minggu homestay tersebut akan dihadiri penyewa untuk berparti sehingga pagi.

 

 

“Kadang-kadang mereka berparti dari malam Ahad sehingga pagi Isnin. Kami tidak dapat tidur malah anak-anak juga mengadu tidak dapat tidur,” kata Merahkuning awal pagi semalam.

 

Menurut beliau tiga buah homestay itu sudah beroperasi sejak tiga bula lalu manakala dua mula beroperasi sejak tiga bulan lalu.

 

 

“Mereka juga parkir kereta merata sehingga lori sampah tidak boleh masuk untuk kutip sampah.

 

“Selain itu mereka turut memandu kereta dengan laju walaupun ini kawasan residen.

 

“Pernah juga warga afrika menginap dan berparti. Mereka bukan penduduk di sini. Kita risau sekiranya apa-apa berlaku,” tambahnya.

 

Semakan di laman Facebook homestay berkenaan mendapati ia disewa pada kadar lebih RM 1300 semalam pada hujung minggu.

 

 

Sumber daripada penduduk tempatan mengatakan ada pihak yang menyewa rumah tersebut pada setiap hujung minggu kemudian menganjurkan parti dan mengenakan bayaran RM 100 bagi setiap peserta.

 

Sementara itu satu tinjaun dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran Selayang, Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Templer serta polis pada pagi Ahad mendapati sekumpulan penyewa sedang rancak berparti sambil berenang serta memasang musik dengan kuat.

 

Walaubagaimanapun, pihak berkuasa tempatan (PBT) hanya mampu memberikan nasihat kepada tetamu agar tidak meneruskan parti sehingga mengganggu penduduk sekeliling.

 

Wakil pejabat dun Taman Templer, Ustaz Mohd Farhan Madzlan berkata pihaknya akan menganjurkan mesyuarat bersama penduduk dan serta pbt dan adun bagi membincangkan isu itu secara lebih mendalam.

 

 

“Malam ini kita hanya mampu menegur untuk mereka tidak berparti secara bising.

 

“Walaupun parti ini adalah secara haram, namun ia melibatkan proses perundangan yang ketat terutama kerana ianya melibatkan harta persendirian.

 

“Oleh itu kita akan adakan mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh adun Taman Templer sendiri, Yang Berhormat Zaidy Abdul Talib.

 

“Ianya melibatkan pendudukan, Jabatan Perundangan MPS dan Jabatan Bangunan. Kita akan kaji tindakan yang boleh diambil isu ini,” katanya kepada Merahkuning.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*