
ALLAH SWT berfirman:
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
Berita kepergian Tuan Guru Datuk Dr Haron Din sekejap tadi sangat menyedihkan saya dan seluruh pendokong serta penyokong PAS.
Sesungguhnya Almarhum Tuan Guru adalah seorang Ulama besar dan menjadi rujukan ummah dalam pelbagai bidang ilmu. Agak sukar menemui insan yang sangat peramah dan berprinsip seumpama beliau khasnya dalam menjulang tinggi agama Allah SWT di tanah air.
Penglibatan beliau dalam PAS memberi kekuatan kepada parti khasnya ketika beliau mengemudi Majlis Syura Ulamak sebagai Mursyidul Am. Prinsip dan dasar parti sentiasa dijaga dan dicermati agar PAS sentiasa teguh berdiri diatas dasar yang diredhai Allah SWT.
Saya dan seluruh kepimpinan Majlis Syura Ulamak merakamkan takziah kepada keluarga Almarhum Tuan Guru dan bersabarlah diatas berita ini. Semoga Allah menempatkan Almarhum bersama para Auliya’ , Syuhada’ dan Solehin di Syurga Firdaus tertinggi.
إنا لله وإنا إليه راجعون. اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه، اللهم اسكنه فسيح جناتك جنات النعيم، مع الذين أنعمت عليهم من النبيين والصديقين والشهداء والصالحين.
USTAZ HAJI AHMAD YAKOB
Timbalan Mursyidul Am PAS
14 Zulhijjah 1437H / 16 September 2016M –HARAKAHDAILY 16/9/2016
Leave a Reply