Ribuan umat Islam hadiri solat ghaib Allahyarham Dr. Haron Din

Ribuan umat Islam di Malaysia hadiri solat ghaib yang dianjurkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di atas pemergian Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din akibat masalah jantung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pagi tadi.

 

Tuan Guru Haron Din yang juga Mursyidul Am PAS meninggal akibat masalah jantung di California, Amerika Syarikat selesaikan dikebumikan di wilayah itu.

 

Turut hadir pada solat ghaib bukan sahaja penyokong PAS bahkan ahli politik daripada parti-parti lain yang menggambarkan penghormatan yang tinggi diberikan kepada allahyarham.

 

 

Solat ghaib yang berlangsung pada jam 9.00 pagi tadi diimamkan oleh cucu beliau, Hakim Hamdi.

 

Doa kemudian dibacakan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang juga Timbalan Presiden Persatuan Ulamak Sedunia.

 

Tuan Guru Haji Abdul Hadi mengajak orang ramai mengambil pelajaran daripada daripada Allahyarhum Dr. Haron Din yang menghabiskan kehidupan dengan menyampaikan ilmu kepada masyarakat.

 

Beliau juga mengharapkan sumbangan Al Marhum, ilmu yang bermanfaat, sumbangan harta sebagai sekekah jariah dan anak-anaknya yang soleh termasuk pengikut-pengikutnya supaya menjadi seorang yang soleh.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*