Dr Fauziah Dibebaskan Israel

Wisma Putra hari ini mengesahkan pembebasan rakyat Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hasan serta krew lain yang ditahan pihak berkuasa Israel ketika dalam perjalanan ke Palestin dalam misi kemanusiaan “Women’s Boat to Gaza.”
 
Menurut kenyataan  rasmi Wisma Putra, permintaan wakil tunggal Malaysia itu yang mahu berlepas dari Tel Aviv ke Bangkok telah diperkenankan.
 
Kesemua 13 penumpang kapal Zaytouna-Oliva yang ditahan adalah wanita dari pelbagai negara dan badan – badan NGO telah dibebaskan dan akan kembali ke Negara masing – masing. 
 
Kapal itu yang dalam perjalanan menuju ke Gaza dikepung rejim Zionis sebelum ditahan dan ditunda tentera Israel ke Pelabuhan Ashdod pada Rabu lalu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*