Sajian Ikan Bakar Segar Bangi

Sajian tengah hari berlaukkan ikan bakar merupakan hidangan kegemaran ramai tak kira peringkat umur dan resepi yang popular adalah sos istimewa yang menjadi pelengkap.

 

Bagi yang menggemarkan ikan bakar dan mencari keunikan, Restoran D’Limau Nipis yang terletak di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi merupakan lokasi yang patut di tuju.

 

 

Di hadapan ruang masuk restoran anda akan disambut dengan deretan pinggan yang berisi ikan bakar serta sotong yang siap dilengkapi sos istimewa di ruang pemanggang yang akan membuat anda terliur.

 

Menurut laman web restoran ini bekalan bahan mentah seperti ikan dan sotong diambil setiap hari dari pembekal bagi menjamin kualiti rasa dan kesegarannya.

 

 

Restoran ini di kawasan bandar namun konsep yang diketengahkan berasaskan masakan laut, yang pasti para pengunjung tidak akan dikecewakan dengan mutu makanan dan servis mereka.

 

Selain itu sajian a’la kampung dengan pelbagai jenis lauk pauk dan aneka sambal seperti sambal belacan, budu, cencaluk, tempoyak, sambal nyoir serta bacang, restoran ini juga menghidangkan ikan pekasam yang menjadi pembuka selera.

 

Lebih berbaloi jika kunjungan ke restoran ini disempurnai dengan merasa kelazatan tersendiri air ‘signature’ D’Limau Nipis iaitu DI 03. Ia merupakan jus limau nipis yang dikisar bersama ais diletakkan bersama jeli hijau yang enak dan ais krim Vanilla sebagai topping.

 

Air sejuk berperisa gabungan rasa masam dan manis dengan seimbang itu sangatlah sesuai dinikmati di kala tengah hari yang panas.

 

Pelanggan boleh mendapatkan makanan lauk tengah hari di restoran ini seawal 11 pagi manakala di sebelah petangnya tawaran separuh harga akan diberikan kerana polisi restoran yang hanya menggunakan stok yang baru dan segar setiap hari.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*