Ustaz Hashim Jasin Mursyidul Am PAS Yang Baharu

Majlis Syura Ulamak PAS menerusi mesyuarat yang diadakan hari ini sebulat suara memilih dan melantik Tuan Guru Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu.

Mesyuarat diadakan di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut pada jam 4.00 petang, dipengerusikan Datuk Ahmad Yakob selaku Pemangku Mursyidul Am. 

 

Walaupun menjadi calon utama, Ustaz Datuk Ahmad Yakob kekal sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS disebabkan beliau sentiasa sibuk dengan tugas-tugasnya yang lain sebagai Menteri Besar Kelantan.

Ustaz Hashim berpengalaman mengurus organisasi PAS di peringkat negeri selama 37 tahun sebagai Pesurujaya PAS Perlis, serta pengalaman sebagai ADUN dan ahli Dewan Rakyat melayakkan beliau mengambil alih tanggungjawab sebagai Mursyidul Am PAS.

 

Pelantikan ini bagi mengisi kekosongon jawatan itu setelah Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din kembali ke rahmatullah pada 16 September lalu.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*