Elak Arab Spring Dengan Politik Matang

SHAH ALAM – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menekankan semangat politik matang dan sejahtera supaya kejadian seperti kejadian Arab Spring dapat dielakkan.

Menurut sejarah, revolusi Arab Spring sebenarnya pernah berlaku pada 1916 dan ia juga tidak memberi penyelesaian yang baik seperti revolusi Arab Spring yang berlaku baru – baru kini.

 

“Contoh masih paling panas ialah Syria yang menjadi medan perlumbaan paling sengit dikalangan kuasa besar perlu difahami,” katanya.

 

“Kini buah yang dihasilkan daripada Arab Spring lebih meloyakan akal dan mungkin memabukkan fikiran yang waras, seterusnya boleh mematikan jati diri Ummah.

 

Abdul Hadi menggesa umat Islam agar tidak mengulangi sejarah kesilapan 100 tahun lepas semasa Revolusi Arab 1916 iaitu tahun berakhirnya sistem khalifah buat pertama kali dalam sejarah Islam serta pememecah belahan kesatuan negara – negara Arab.

 

Beliau mengingatkan orang ramai agar tidak cuba membawa masuk gerakan sedemikian ke Malaysia.

 

“Tunggu dan beristiqamah bersama Islam, nescaya selamat, adapun tanpa Islamnya menjadi laknat,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*