Kenyataan TG Hadi: Laporan Media Tidak Tepat

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan hari ini menyelar tindakan beberapa media arus perdana yang dilihat sengaja menyalah ertikan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi di Parlimen semalam.

 

“Saya lihat akhbar dan stesyen televisyen ini telah merosakkan etika kewartawanan dan profesionalisme mereka apabila menyiarkan kenyataan Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS secara tidak tepat dan separuh masak,” kata beliau.

 

Nasrudin turut memetik kenyataan soalan tambahan Abdul Hadi semalam yang jelas mengatakan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah bermasalah.

 

Menurut beliau, Abdul Hadi Awang meminta Menteri Kewangan menyatakan sejauh mana hasrat kerajaan untuk membatalkan cukai GST yang dikenakan kepada rakyat tidak mengira kaya atau miskin dan mengambil mekanisme lain yang lebih adil, saksama dan tidak membebankan rakyat.

 

“Ia menampakkan seolah olah YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi menyokong GST walhal beliau menolak GST dan meminta supaya difikirkan alternatif baru menggantikan GST dalam bahasa yang lunak dan beradab sesuai dengan akhlak beliau sebagai seorang pemimpin,” kata beliau dalam satu kenyataan.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*