Netizen Marah Kes Buli Pelajar Dalam Kolam Berlumpur Dengan Ular

Sejak Ahad lepas bermula viral sebuah klip video berdurasi 2 minit 50 saat yang dimuat naik di Facebook oleh Hanisya Abdul Hamid memaparkan sekumpulan pelajar sekolah perempuan dibuli yang telah ditonton lebih sejuta kali serta mendapat 35 ribu share (perkongsian).

 

Rakaman yang tersebar di media sosial itu mendapat cemuhan orang ramai apabila beberapa murid perempuan di dalam kolam berselut menangis dan menjerit apabila ular dicampak ke arah mereka oleh sekumpulan lelaki dewasa.

 

Netizen mempersoalkan serta mengutuk insiden itu dengan pelbagai reaksi sehingga ramai yang menggunakan kata-kata kesat kepada pihak yang bertanggung-jawab.

 

“Kalau saya jd ibu bapa anak-anak ini, (saya) memang akan buat laporan polis dan saman sebab menimbulkan trauma kepada anak-anak.

 

“Kalau mcm ni caranya, ibu bapa nak hantar anak-anak ke kem seumpama ini pun takut,” kata Anor Daud.

 

Seorang netizen dengan nama Zaidin D.Faizul pula sangat marah dengan insiden itu sehingga beliau menggunakan kata-kata yang kasar.

 

“Siapa yang setuju dengan cara ini memang sah bodoh tak bertempat. Nak naikkan jati diri kepala otak kamu.

 

“Tak kira ular tu ada bisa atau tidak, tapi sekali kena patuk memang akan cedera…otak letak di mana? Suka jadi hiburan atas ketakutan orang lain?” menurut beliau dalam satu ruangan komen di Facebook.

 

 

Rakaman menunjukkan beberapa anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyiram air dan menyergah murid dengan ular ketika insiden itu berlangsung.

 

Ekoran klip video itu, empat jurulatih serta enam pembantu APM digantung serta merta sebagai tenaga pengajar kem jati diri berkenaan sehingga siasatan polis selesai.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*